Pelamin Jatuh Masa Majlis Akad Nikah

Tiada apa yang diminta daripada pasangan raja sehari semasa hari bahagia mereka melainkan majlis tersebut berlangsung dengan lancar selepas perancangan rapi dilakukan.

Pelamin Anganku Musnah…

Namun, lagu Pelamin Anganku Musnah dendangan penyanyi, Azie yang pernah popular satu ketika dahulu sesuai bagi menggambarkan sebuah video yang dikongsi seorang jurugambar di laman TikTok.

Bukan selalu pelamin anganku musnah.

Menerusi video pendek dikongsi memaparkan satu situasi cemas yang berlangsung pada sebuah majlis akad nikah apabila pelamin yang berada di sisi pengantin perempuan secara tiba-tiba jatuh.

Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan pengantin dan para tetamu yang turut berada di majlis berkenaan tergamam.

Bagaimanapun ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan kejadian tersebut berlaku di mana dan kesudahan yang terjadi. Video tersebut berjaya meraih hampir 600k tontonan dan pelbagai respon daripada netizen yang sempat ‘mengusik’ pasangan pengantin itu.

Video penuh:

 

 

@gemukayam Bukan selalu pelamin anganku musnah 😂 #fypシ #foryoupage #malaysia #johor #siakapkeli #viraltiktok ♬ Originalton – POV’s

 

gemukayam

Leave a Reply