Selepas Nazlan,Gopal, kini konspirator saling menuding

 

 



 

Pendedahan menggemparkan mengaitkan Mohd Nazlan Ghazali dan Gopal Sri Ram memang mengejutkan seluruh negara. Desas-desus sudah mula tersebar, konspirator kes SRC dan 1MDB sudah mula saling menuding bagi mengelak dari terheret ke Mahkamah.

Kertas siasatan SPRM terhadap Nazlan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara namun sehingga hari ini masih tiada khabar mengenainya.

Baca – SPRM SIASAT NAZLAN



Ada yang berpendapat, siasatan terhadap Nazlan, akan disimpan dalam Pejabat Peguam Negara, sama seperti siasatan terhadap Zeti dan Tawfiq Ayman.

Gopal Sri Ram pula sewajarnya mengemukakan penjelasan terhadap dakwaan Raja Petra yang mendedahkan beliau pernah menerima bayaran dari 1MDB. Siapa pula akan menyiasat kesahihan dakwaan tersebut?

Konspirator sebenar yang mendalangi kes berprofil tinggi mula tidak menyenangi pendedahan Raja Petra dan dikatakan mula menyusun strategi baru bagi mengalih perhatian rakyat. Mereka dikatakan mula menyerang isu remeh-temeh hanya untuk mengelirukan rakyat yang mengikuti perkembangan kes tersebut.



Dalam erti kata lain, fokus untuk menyelamatkan ‘tengkuk’ masing-masing sudah bermula apabila Queen’s Counsel memberi perhatian terhadap perkembangan kes SRC dan 1MDB.

Jonathan Laidlow Queen's Counsel
Jonathan Laidlow

Bantahan terhadap kehadiran wakil Queen’s Counsel telah dibuat dengan alasan tidak menguasai Bahasa Malaysia. Ini akan menjejaskan proses bila terpaksa menterjemahkan perbicaraan ke Bahasa Inggeris hanya untuk memahamkan Queen’s Counsel.

Rakyat secara keseluruhannya mungkin tidak memahami perkara melibatkan Mahkamah, namun pemerhatian mereka tidak mungkin dapat dikaburi. 



Mungkinkah ada tekanan tertentu dari konspirator bagi mengelakkan Queen’s Counsel hadir ke Mahkamah? Tidak mustahil perkara tersebut boleh berlaku kerana sekiranya QC berjaya mematahkan hujah Pendakwaraya, ia akan memberi impak besar terhadap Institusi Kehakiman.

‘Conflict of Interest’ yang telah timbul berikutan penglibatan Nazlan Ghazali semasa penubuhan SRC sahaja sudah mencalarkan imej Kehakiman itu sendiri apabila dilantik menjadi Hakim untuk kes SRC.

Bagaimana rakyat mahu mempercayai Badan Kehakiman bilamana Hakim itu sendiri mengenepikan beberapa perkara melibatkan intergriti Kehakiman.

Tawfiq dan Zeti ; apa tindakan Pejabat Peguam Negara?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button