Majlis Peguam turun ke jalanraya untuk “lindungi” siapa?

Majlis Peguam dijangkakan akan turun ke jalanraya untuk berarak ke Parlimen pada 17 Jun 2022. Perarakan tersebut diilhamkan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan, berkemungkinan bertujuan ‘melindungi’ seseorang yang ada hubungkait dengannya.

Untuk menyatakan perarakan tersebut diadakan bagi membantah campurtangan dalam Intistusi Kehakiman, hujah tersebut agak tidak relevan. Pernah atau tidak Majlis Peguam membantah keputusan Peguam Negara yang menggugurkan beberapa kes pemimpin Pakatan Harapan pada 2018?



Ketika Peguam Negara, Tommy Thomas menggunakan kuasa Peguam Negara bagi kes terpilih, dimanakah suara Majlis Peguam? 

Adakah kerana pendedahan Raja Petra Kamarudin mengenai Mohd Nazlan Ghazali berkait penubuhan SRC dan sejumlah wang yang didakwa diterima Nazlan menjadi asas kepada Majis Peguam untuk turun ke jalanan?

Lebih mengejutkan lagi, Raja Petra turut mendedahkan, Gopal Sri Ram turut menerima wang dari dana 1MDB sebagai bayaran khidmat guaman.



 

 

Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah, membidas kritikan terhadap isu ‘conflict of interest’ membabitkan Nazlan Ghazali.



Berikut adalah petikan kenyataan Karen Cheah.

“Adalah merupakan salah tanggapan untuk mengharapkan Bar Council meminta Nazlan menarik diri ketika itu, sedangkan peguam bekas perdana menteri pun mendakwa dia hanya dimaklumkan tentang perkembangan ini (bukti-bukti Nazlan terlibat dengan 1MDB) baru-baru ini,” kata presiden Peguam Karen Cheah dalam satu kenyataan.

Adakah Majlis Peguam bersetuju bahawa Nazlan sememangnya menyorokkan kebenaran dari pengetahuan Badan Kehakiman ketika dilantik untuk mengadili kes SRC?

Jika Majlis Peguam bersetuju dengan perkara tersebut, untuk apa Majlis Peguam mahu turun ke jalanraya?



Adakah hanya untuk memenuhi kehendak Ambiga Sreenevasan atau sememangnya Majlis Peguam mahu menutup ‘kelemahan’ mereka sendiri?

Isu Nazlan – mengapa Majlis Peguam gelabah?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button