Proses terakhir Pogba ke Juventus

London: Paul Pogba kini semakin hampir untuk menyertai Juventus secara percuma dengan wakilnya kini sedang memuktamadkan kontrak empat tahun buat pemain itu.

Bagaimanapun menurut laporan, perbincangan ‘masih terbuka’ dengan Paris Saint Germain dijangka akan mengumumkan keputusan terakhirnya dalam tempoh beberapa hari lagi.

Pemain antarabangsa Perancis itu bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab untuk langkah seterusnya sejak Januari lalu.



Manchester United awal bulan lalu mengesahkan bahawa Pogba akan meninggalkan kelab itu selepas kontraknya tamat musim panas ini.

Perpindahan ke Juventus menyaksikan Pogba kembali ke kelab tempat dia menghabiskan masa selama empat tahun sebelum menyertai semula United pada 2016.

Ketika dia menghampiri usia 30 tahun, Pogba sedar ia mungkin langkah besar yang terakhir dalam kariernya dan mahu meluangkan masa untuk memastikan dia membuat keputusan yang tepat.

Manchester City turut dilaporkan membuat tawaran untuk mendapatkan khidmat Pogba daripada musuh ketat mereka dengan Pep Guardiola bertemu dengan pemain tengah itu dengan menawarkan kontrak yang lumayan menandakan betapa mereka berminat untuk mendapatkan khidmatnya.



Pada musim pada 2016, Jose Mourinho yang ketika ini menjadi pengurus Manchester United memecahkan rekod perpindahan dunia apabila mengikat pemain Perancis itu kembali ke Old Trafford bagi menyelesaikan urusan yang belum selesai.

“Ini adalah kelab yang sesuai untuk saya mencapai apa yang saya harapkan dalam permainan saya,” kata Pogba yang melengkapkan perpindahan £89 juta (RM477.79 juta) untuk kembali ke United dari Juventus.

Perpindahan itu sepatutnya menjadi permulaan kepada sesuatu yang lebih istimewa.

Era baharu bagi sebuah kelab yang masih bergelut untuk mencari rentak selepas persaraan Sir Alex Ferguson tiga tahun sebelumnya.



Tetapi Pogba tidak dapat memberi inspirasi kepada United untuk menjulang kejayaan. Piala Liga 2017 dan Liga Europa adalah satu-satunya trofi sepanjang enam musim dia bersama United.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button