Cubaan seludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran gagal

Oleh – Syeikh Baran


Cubaan seludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran gagal
Anggota Maritim Malaysia memeriksa bot dengan muatan minyak masak bersubsidi yang ditemui terdampar di pesisir pantai Pulau Berhala. -Foto ihsan Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak masak selepas menahan bot dengan membawa muatan sebanyak 510 paket minyak masak bersubsidi, semalam.

Bot yang berdaftar atas lesen kargo itu ditemui terdampar apabila pengendalinya dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota Maritim andakan di pesisir pantai Pulau Berhala, jam 10.20 malam.
 

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki, berkata bot yang ditemui tanpa pemilik itu dipercayai dibiarkan di situ selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa melakukan rondaan di sekitarnya.



Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa muatan 30 kotak besar berisi 510 paket minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram setiap satu.

“Semua minyak masak paket itu disyaki untuk diseludup keluar ke negara jiran.

“Anggaran keseluruhan rampasan termasuk minyak masak bersubsidi, bot dan enjin sangkut bernilai RM11,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.



“Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot, dalang serta pelaku di sebalik kegiatan penyeludupan ini.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading