EPL: Manchester United siasat isu pemain cedera

EPL: Manchester United siasat isu pemain cedera

EPL: Manchester United siasat isu pemain cedera
LUKE SHAW antara pemain United yang berdepan masalah kecederaan dan memerlukan tempoh yang panjang untuk kembali pulih. – AFP

MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United mengadakan siasatan dalaman mengenai situasi pemain utamanya yang berdepan siri kecederaan yang dianggap cukup kerap dan di luar daripada kebiasaan.

Sepanjang lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini, tidak kurang daripada 16 pemain utama pasukan itu mengalami kecederaan sehingga menyukarkan perancangan dilakukan oleh pengurus mereka, Erik Ten Hag.

Pengendali dari Belanda itu sehingga kini masih belum dapat menurunkan kesebelasan impiannya termasuk melibatkan pemain baharu yang dibelinya, Rasmus Hojlund dan Mason Mount pada awal musim lalu.



Kegagalan mendapatkan kesebelasan terbaik nyata memberi kesan besar buat The Red Devils apabila mereka hanya menduduki tempat ke-10 setakat ini.

Difahamkan, pasukan perubataan United ketika ini sedang melakukan kajian serta pemerhatian mendalam mengenai situasi berkenaan untuk mengenalpasti punca para pemain mereka mudah mengalami kecederaan dan menyiapkan satu modul untuk memastikan pemain dapat mengelakkan isu berkenaan.

Kajian yang dilakukan juga menjurus ke arah kemungkinan jumlah permainan yang terlalu banyak menyebabkan daya ketahanan badan pemain menjadi berkurangan apabila sebahagian besar mereka berdepan masalah otot.

Musim lalu menyaksikan sebahagian besar pemain United terpaksa beraksi dalam banyak perlawanan termasuk kempen Piala Dunia 2022 dan mereka beraksi 21 perlawanan antara Disember sehingga musim berakhir. – AGENSI



EPL: Manchester United siasat isu pemain cedera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading