Bayar pembunuh upahan guna bitcoin

Los Angeles: Lelaki California mengaku membayar sebanyak AS$13,000 (kira-kira RM57,224) dalam bentuk mata wang digital, bitcoin untuk mendapatkan khidmat pembunuh upahan menerusi web tertutup (darkweb).

Ia sebagai upah untuk membunuh seorang wanita yang dikenalinya dalam talian, kata pihak berkuasa.

Scott Quinn Berkett, 25, mengaku bersalah atas satu pertuduhan berkaitan menggunakan pembunuh upahan untuk membunuh, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.



Menurut DOJ, Berkett berkenalan dengan wanita itu yang identitinya belum didedahkan, dalam talian, pada Oktober 2020.

Dia kemudian menjemput wanita itu keluar di Los Angeles.

Ketika pertemuan itu, Berkett menjadi ‘agresif secara seksual’ terhadap wanita itu, menyebabkan kenalan barunya itu tidak mahu meneruskan hubungan.

Berkett kemudian menghubungi apa yang disangkakan sebagai kumpulan pembunuh upahan di darkweb



“Saya ingin ia kelihatan seperti kemalangan, tetapi (seperti) rompakan mungkin lebih baik. Asalkan dia mati. Saya juga ingin telefonnya diambil dan dimusnahkan,” kata Berkett kepada kumpulan itu.

Pegawai penguat kuasa undang-undang percaya kumpulan yang dihubungi oleh Berkett itu adalah penipu (scammer).

Kumpulan itu kemudian menghubungi media dan memberikan maklumat mengenai lelaki itu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Berkett dilaporkan memberikan maklumat peribadi wanita itu di darkweb, termasuk alamat e-melnya, akaun media sosial dan penerangan mengenai tatu uniknya.



“Sebagai bayaran untuk pembunuhan mangsa, Berkett membayar (dalam bentuk) Bitcoin,” kata DOJ dalam kenyataan akhbar.

Seorang ejen FBI yang menyamar kemudian menghubungi Berkett sambil berpura-pura menjadi pembunuh upahan.

Ejen FBI menghantar foto wanita itu kepada Berkett dan dia mengesahkan gambar itu adalah sasaran yang dimaksudkan dan lelaki itu kemudian membuat pembayaran dalam bentuk bitcoin.

Dia kemudian meminta bukti pembunuhan dan menghantar pembayaran terakhir dalam bantuk bitcoin sebanyak AS$1,000 (kira-kira RM4,402).



METRO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button