BN Youth Job Fair- WTCKL
KUALA LUMPUR : www.bnjobfair.com, satu laman web khusus disediakan oleh pihak penganjur sempena Karnival Kerjaya – BN Youth Job Fair yang akan berlangsung pada 24 – 26 Jun ini.
Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), karnival kerjaya anjuran Pergerakan Pemuda UMNO dan BN bakal membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan.
Menurut Pengerusi Sekretariat Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Mohd Lassim Burhan, BN Youth Job Fair telah dianjurkan semenjak tahun 2011 dan ini adalah kesinambungan pelaksanaannya.
“Kita menggalakkan pengunjung untuk mendaftar di laman web www.bnjobfair.com. Dengan membuat pendaftaran tersebut pengunjung boleh memuatnaik resume mereka. Selain itu pendaftaran secara walk-in juga kita sediakan bagi pengunjung tidak sempat untuk mendaftar secara online, mereka boleh mendaftar resume mereka di kaunter pendaftaran. Setiap pengunjung akan diberikan QR Code untuk memudahkan resume mereka diakses oleh majikan.
“Mereka boleh pergi satu ‘booth’ ke satu ‘booth’ yang lain dengan membawa QR Code sahaja selepas memuat naik resume mereka di www.bnjobfair.com,” ujarnya.
UMNO Online