Nafi keluarga mentua belikan rumah

Oleh – Syeikh Baran


Nafi keluarga mentua belikan rumah
PUTERI SARAH menafikan ada pemberian berupa rumah bertanah daripada mentuanya.

Pelakon Puteri Sarah menepis dakwaan rumah baharu yang dibelinya merupakan pemberian daripada keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menegaskan rumah itu dibeli dengan duit hasil titik peluhnya sendiri.



“Saya beli dengan duit sendiri. Saya kerja, ada duit sendiri kenapa hendak harapkan orang.

Sementara itu, Sarah yang merupakan pelakon drama Suri Hati juga memberitahu dia juga sedang mencari kediaman bertanah (landed) yang berdekatan dengan rumah keluarganya.

“Sekarang saya duduk di kondominum tapi dalam masa sama nak cari rumah ‘landed’ , yang mempunyai pengawal keselamatan dan berpagar.

“Saya pindah ke rumah yang leibh besar, selesa. Ada rezeki lebih sikit dan memang nak bahagiakan anak anak.



Sarah sebelum ini disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof pada 13 Jun tahun lalu.

Meskipun sudah berpisah, hubungannya dengan keluarga mentua masih kekal baik sehingga hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button