Semua nama disebut saksi perlu disiasat

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Negara dikejutkan dengan pendedahan nama penerima wang dana UKSB oleh saksi dalam kes membabitkan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Nama-nama besar politik yang dikemukakan saksi sudah mula membuat penafian menerusi kenyataan media tanpa membuat laporan polis terhadap saksi berkenaan.

Nama bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut disebut saksi menerima sejumlah RM1.3 juta. Saksi turut mengemukakan beberapa nama lain selain Muhyiddin.

Berpandukan pendedahan tersebut, satu siasatan besar-besaran perlu dilakukan SPRM dan saksi pendakwaraya juga perlu disiasat dengan telus.

Ini bagi mengelakan sebarang kemungkinan unsur rasuah berlaku dalam kes melibatkan pemimpin politik.

Mahkamah merupakan sebuah Institusi yang berintergriti dan benar-benar mengikut lunas Undang-Undang yang ditetapkan sebelum apa juga hukuman dijatuhkan.

KEBENARAN PERLU DITEGAKKAN, ELAK PENGANIAYAAN TERHADAP TERTUDUH

Bayangkan jika saksi Pendakwaan bagi kes-kes berprofil tinggi menyembunyikan fakta serta kebenaran sebenar apabila disoal dalam Mahkamah.

Apa akan berlaku kepada yang didakwa? Mereka akan mendapat pengadilan yang tidak telus dan mungkin menerima hukuman yang tidak adil dan berat sebelah hanya kerana saksi Pendakwaraya mengikut arahan untuk mengenakan tertuduh.

Lihat sahaja kes melibatkan UKSB. Apa yang didedahkan oleh saksi berkenaan membuka mata rakyat bagaimana Zahid dikenakan manakala mereka yang turut menerima dana tidak dikenakan apa-apa tindakan. 

Bagaimana ianya boleh terjadi demikian? Ianya mungkin ada kaitan dengan campurtangan oleh individu yang mempunyai pengaruh kuat di kalangan Pendakwaraya dan Hakim serta Intitusi Kehakiman itu sendiri.

Tidakkah ini hanya menganiaya tertuduh yang dibebankan dengan kesalahan pihak lain hanya kerana pendakwaan bersifat ‘balas dendam’ atau lebih kepada pendakwaan berpilih?

Rakyat sekarang bukan ‘terlalu bodoh’ untuk diperbodohkan seperti yang dilaporkan oleh media. 

Muhyiddin terima RM1.3 juta daripada UKSB

 

 

 

 

Leave a Reply