Sokongan Indonesia dipertikai banyak pihak

 

Oleh Pena Merah

Sokongan Indonesia dipertikai banyak pihak
Foto dirakamkan dari Rafah menunjukkan kepulan asap di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza susulan pengeboman tentera Israel. – Foto AFP

Sokongan Indonesia terhadap usaha Afrika Selatan mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana melakukan genosid terhadap rakyat Palestin dipersoalkan banyak pihak.

Ini susulan sejarah hitam Indonesia yang melakukan pembunuhan secara besar-besaran terhadap penduduk Timor Timur pada pertengahan 1960-an hingga 1970-an.



Menurut ahli sejarah, tindakan keras terhadap sebahagian besar anggota Parti Komunis Indonesia menyebabkan kematian sehingga sejuta orang semasa era pentadbiran Sukarno.

Memetik laporan SCMP, pembunuhan beramai-ramai di Timor Timur juga menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 100,000 orang ketika Suharto berkuasa.

Rakyat Indonesia dan penganalisis mengkritik tindakan negara itu yang masih belum meratifikasi Konvensyen Genosid 1948 disebabkan dua insiden kejam masa lalu, sekali gus menjejaskan sokongannya terhadap usaha Afrika Selatan.

Konvensyen Genosid ialah perjanjian hak asasi manusia yang diterima pakai oleh PBB pada 9 Disember 1948, sebagai tindak balas kepada kekejaman yang dilakukan ketika Perang Dunia II seperti insiden Holokus.



Di bawah konvensyen itu, pembunuhan beramai-ramai diklasifikasikan sebagai jenayah antarabangsa dengan individu dan negara yang melanggarnya boleh dibicarakan oleh tribunal keseksaan negara atau antarabangsa.

Pada 2016, Tribunal Rakyat Antarabangsa mengenai Jenayah Terhadap Kemanusiaan 1965 merumuskan bahawa kerajaan Indonesia melakukan pembunuhan beramai-ramai pada 1965.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi yang mengulas isu Konvensyen Genosid Selasa lalu, berkata, walaupun Indonesia bukan negara yang menandatangani tindakan Afrika Selatan, namun ia menyokong langkah negara terbabit mengecam pelanggaran Israel terhadap konvensyen di ICJ.

“Walaupun Indonesia tidak dapat menaja kes Afrika Selatan di The Hague, ia bagaimanapun menyertai secara aktif dengan memberikan pendapat nasihat undang-undangnya kepada ICJ sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.



Afrika Selatan memfailkan kes ke ICJ pada Disember, dengan menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan meminta ICJ mengeluarkan langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk menggesa Israel segera menghentikan serangan.

Israel membunuh sekurang-kurangnya 24,762 700 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Kempen ketenteraan itu juga menyebabkan pemindahan besar-besaran, kemusnahan dan kelaparan.

-Berita Harian-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading