Kak KM Dedah Perompak Rupa-Rupanya Follower Sendiri

Pernah Minta Alamat Konon Nak Ambil Produk

Kak KM Dedah Perompak Rupa-Rupanya Follower Sendiri

Kak KM Dedah Perompak Rupa-Rupanya Follower Sendiri

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli meluahkan rasa syukur apabila sebahagian barang kemas dan peti besi yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta berjaya ditemui semalam.

Jelas Kak KM, dia ada di rumah ketika anggota polis datang untuk memberitahu berita tersebut. Pihak polis siap menunjukkan bukti gambar dan dia hanya mampu menangis.



@hheaven_boy

Peti Besi Kak Km Telah Ditemui.kredit kini tv BM#fyp #trendingnewsmalaysia #longervideos #viral #berita #beritatiktok #CapCut

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Betul orang cakap, kalau rezeki kita halal, memang akan dapat balik. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Tak sangka, Allah SWT kembalikan semula hak saya. Ibaratnya, Tuhan pinjam sekejap dan pulangkan semula.



Paling mengejutkan apabila usahawan ini mendedahkan suspek merupakan pengikut media sosialnya dan tahu perkembangan dirinya.

Dia pernah minta alamat, konon-konon nak datang ke rumah untuk ambil produk.

Disebabkan itu, Kak KM mengambil pengajaran tidak akan mudah mempercayai orang lain dan akan meningkatkan kawalan keselamatan rumah.

Pengajaran kedua, kena lebih tingkatkan keselamatan di rumah. Walaupun ada CCTV, tapi penjenayah tetap boleh lakukan kegiatan jenayah mereka.



Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri ini juga bercadang untuk pindah rumah kerana merasakan tidak selamat tinggal di situ.

Kredit: Kosmo!

Kak KM Dedah Perompak Rupa-Rupanya Follower Sendiri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading