Baru 3 Hari Kahwin Dah Kena ‘Tinggal’

Baru tiga hari mendirikan rumah tangga, seorang isteri terpaksa menelan hakikat pahit kerana tiba-tiba ditinggalkan tanpa sepatah kata oleh suami tercinta. Selepas setahun, pasangan ini akhirnya membawa haluan masing-masing.

Ditinggalkan lepas 3 hari kahwin

Seorang wanita yang dikenali dengan nama Indah ada berkongsi satu video memaparkan sepupunya sedang melangkah keluar dari pejabat agama sambil memegang satu fail. Menerusi video tersebut, wanita ini dilihat tersenyum gembira seolah-olah lega akhirnya mendapat kebebasan daripada perhubungan yang begitu menyakitkan. Rupa-rupanya penceraian itu adalah berpunca daripada campur tangan keluarga mentua yang tidak merestui hubungan mereka.



Tiga hari lepas nikah, ditinggalkan tanpa sepatah kata sampai saat ini sudah setahun. Hanya kerana bekas ibu mentua mencari menantu yang mempunyai gelaran doktor.

Individu ini akui sepupunya itu seorang wanita yang sangat kuat dan tabah. Malah penceraian ini juga langsung tidak memberikan kesan terhadap kehidupan wanita ini kerana dia seorang yang berdikari dan mampu mencari wang sendiri tanpa suami di sisi. Di ruangan komen, Indah mendakwa sepupunya itu adalah individu yang membiayai perbelanjaan bekas suaminya sejak zaman bercinta lagi.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berharap agar wanita ini terus kuat dalam menempuhi ujian hidup selain berharap agar dia dipertemukan jodoh yang lebih baik dan mampu menghargai cintanya.

Video

 



 

@indahpsptsri4♬ suara asli – zayn – zainul

 

 



Menelan hakikat pahit

 

 

@indahpsptsri4 Balas @troubleforyou3 ♬ suara asli – Indahhhh



 

Indahpsptsri4

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button