Lelaki Terkejut Bekas Kekasih Datang Majlis Pakai Baju Pengantin

Sebuah majlis perkahwinan di Beijing, China ‘musnah; selepas seorang bekas teman wanita kepada pengantin lelaki hadir ke majlis itu dengan memakai gaun pengantin, lapor Berita Hits.

Kecewa bekas teman lelaki kahwin

Pada kejadian yang berlaku di bandar Baoji itu, pengantin lelaki yang hanya dikenali sebagai Zhang tiba lebih awal pada majlis perkahwinannya untuk membantu dekorasi serta menyusun kerusi dan meja.

Kemudian, ketika tetamu mula hadir dan menyampaikan ucapan tahniah buat pengantin, tiba-tiba tetamu dikejutkan dengan seorang wanita bukan pengantin yang hadir memakai gaun pengantin.



Wanita itu berdiri dari jauh sambil memandang ke arah pengantin lelaki dengan riak wajah marah dan kecewa, kemudian menjerit dengan kuat tidak bersetuju majlis tersebut diadakan.

Saya berada di sini hari ini, jadi perkahwinan ini tidak boleh berlangsung.

Selepas diselidik, wanita berkenaan rupa-rupanya bekas kekasih kepada pengantin lelaki yang dikatakan sudah lama menjalin hubungan cinta, namun terpaksa berpisah disebabkan keluarga.

Zhang kemudian mula bercinta dengan wanita lain yang merupakan pengantin perempuan sebenar dan memutuskan hubungannya dengan kekasih lamanya.



Kerana marah dan kecewa, wanita tersebut hadir untuk mengganggu majlis perkahwinan Zhang.

Berits Hits

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button