Barisan kepimpinan UMNO selepas era Zahid

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Ahmad Zahid Hamidi

Bermula selepas kekalahan BN dalam PRU14, Umno diterajui Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti. Menang dalam pemilihan yang diadakan, Zahid berjaya mengekalkan Umno dari dibubarkan dan berjaya juga mengembalikan kekuatan Umno dalam berdepan PRK serta PRN.



Selepas mengemudi Umno selama 4 tahun, pemilihan baru bakal diadakan dan Zahid perlu membuat keputusan samada mempertahankan jawatan atau tidak.

Barisan kepimpinan Umno selepas era Zahid sudah dikenalpasti. Banyak nama besar akan mengemudi Umno bersama ‘team’ yang sudah dibentuk lebih awal bagi mencapai maksud.

Dengan nama-nama baru dalam kepimpinan bayangan ini difahamkan mampu memacu Umno kearah kemenangan besar PRU15. Ini bersandarkan ‘track record’ kepimpinan serta kecemerlangan kerja-kerja mereka turun padang bersama rakyat.

Mengambilkira juga kedudukan sebagai sebahagian daripada Kabinet keluarga Malaysia, senarai nama ini akan turut menyumbang kepada pembentukan sebuah kerajaan yang lebih kuat.



Barisan Kepimpinan UMNO

BARISAN BARU KEPIMPINAN UMNO SELEPAS ERA ZAHID

Berikut adalah senarai nama yang dipercayai akan menerajui Umno selepas era Zahid.

  • Presiden – Ismail Sabri Yaakob
  • Timbalan Presiden – Annuar Musa
  • Naib Presiden – Hishamuddin Hussein
  • Naib Presiden – Shahidan Kassim
  • Naib Presiden – Khairy Jamaluddin
  • Ketua Wanita – Mastura Yazid
  • Ketua Pemuda – Shahril Hamdan
  • Ketua Puteri – Nurul Amal

Nama-nama ini agak relevan untuk mengemudi Umno sekiranya pemilihan diadakan sebelum PRU15.

Pastinya kalangan ahli dan penyokong Umno akan memberi sokongan penuh untuk mereka berkempen bagi memenangi PRU15.



Umno dalam PAU2020 bersetuju untuk pemilihan Umno dijalankan selepas PRU15 dan telah disahkan dalam EGM Umno 2021.

Bagaimanapun mungkin pemilihan akan diadakan sebelum pembubaran parlimen bagi membolehkan strategis baru dalam Umno bergerak segera bagi memenangi PRU15.

Ismail Sabri sokong usul pindaan EGM UMNO

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button