Gambar Tunku Ismail, Cools cetus spekulasi

KUALA LUMPUR: Tindakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar bersama Dion Cools di media sosial mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Gambar berkenaan dikongsikan Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja Johor di ruangan Instagram Story miliknya, semalam.

Selain TMJ dan Cools, gambar berkenaan turut memaparkan ketua jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora.



Susulan dari itu, pelbagai andaian dibuat oleh netizen dengan ramai yang membuat spekulasi bahawa pertahanan Harimau Malaya itu bakal menyertai JDT.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran spekulasi itu kerana berdasarkan laporan sebelum ini, TMJ dan Cools memang mempunyai hubungan yang baik.

Justeru, terdapat kemungkinan kehadiran Cools itu hanyalah memenuhi jemputan TMJ dan bukannya berkaitan spekulasi dia akan menyertai kelab itu.

Malah, Cools pernah menzahirkan ucapan terima kasih kepada TMJ sambil menganggap bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia itu menjadi antara individu yang mempengaruhinya untuk menyarung jersi Harimau Malaya.



Spekulasi Cools bakal menyertai JDT bukanlah perkara baharu kerana pemain kacukan Malaysia-Belgium itu sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan Harimau Selatan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button