15 pesalah juvana cemerlang SPM
Melaka: Bukan mudah untuk mencipta kejayaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pesalah juvana ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas (SHGTMAS), di sini.
Apatah lagi jika ada dalam kalangan mereka tidak pun tamat persekolahan menengah malah ada yang sekadar habis Tahun Enam.
Namun, 15 pelajar SHGTMAS menggunakan peluang kedua untuk menyusun kembali hidup mereka. Kesemua mereka adalah sebahagian daripada 50 calon SPM 2021 di SHGTMAS yang masingmasing mencatat 7A, 6A, 5A dan 4A dalam SPM yang diumumkan minggu lalu.
Pengarah SHGTMAS, Penolong Konversional Penjara (PKP) Azhar Ahmad, berkata seramai 75 murid mendaftar sebagai calon SPM dengan 50 menduduki peperiksaan di sekolah terbabit. Bakinya sudah dibebaskan lebih awal dan masing-masing mengambil SPM di pusat peperiksaan negeri masingmasing.
Azhar berkata, bukan mudah mendidik mereka selain memerlukan kesabaran setiap seorang mempunyai latar belakang gelap atas kesalahan dadah, mencuri dan jenayah seksual yang memerlukan bimbingan dan perhatian teliti dalam semua aspek termasuk emosi dan psikologi.
“Kami bentuk mereka de ngan disiplin yang tinggi selain tentu saja kasih sayang seperti anak sendiri. Kelas akademik bermula bermula seawal jam 8 pagi tamat 1.40 petang. Kerja kumpulan dan latihan mereka dipantau termasuk pada hujung minggu,” katanya.
Azhar berkata, walaupun setiap pelajar ditempatkan di situ atas kesalahan juvana namun jika diberi peluang dan bimbi ngan mereka juga mampu memperoleh kejayaan.
Malah, seperti calon lain mereka turut berhadapan dengan impak Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang menyekat sesi pembelajaran bersemuka.
“Hal paling utama ditekankan di sini selain disiplin adalah pendidikan agama. Selain itu, setiap 706 penghuni memiliki kelebihan masing-masing jadi mereka dibentuk kecenderungan itu,” katanya.
Sementara itu Apol, 20 tidak pernah menyangka mampu meraih 7A selepas ditempatkan di sekolah berkenaan pada 2019 atas kesalahan dadah.
Katanya, sebelum ini hidupnya terumbang-ambing dan terperangkap dengan dadah sebelum ditangkap dan di tempat di situ pada usia 17 tahun.
“Kejayaan ini tidak pernah saya sangka. Ia hadiah dari Allah SWT atas sokongan ibu, kakitangan di sini dan rakan-rakan lain. Saya mahu fokus dalam pelajaran dan
menyusun kembali hidup,” kata anak bongsu daripada tujuh adik beradik yang ingin menjadi jurutera.
Sementara itu Ebal, 21 berkata, ibunya sudah terlalu banyak menangisi kesilapannya dan kejayaan memperoleh 6A adalah hadiah yang mampu diberi seta kat ini.
Dia yang akan tamat hukuman dan dibebaskan September depan positif untuk berjaya da lam kehidupan kerana tidak sang gup lagi melihat ibunya menangis.
BHOnline