Sekurang-kurangnya 40 orang ditemui mati dalam trak

TEXAS: Sekurang-kurangnya 40 orang dipercayai migran ditemui mati di dalam treler traktor semalam di San Antonio, Texas, menurut seorang pegawai penguatkuasa undang-undang yang diberi taklimat mengenai perkara itu.

Lebih 12 yang lain ditemui hidup dan dibawa ke hospital tempatan, kata pegawai itu, yang bercakap dengan syarat tidak mahu identitinya didedahkan bagi memberikan butiran mengenai apa yang kelihatan sebagai salah satu episod kematian pendatang yang paling teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Televisyen KSAT San Antonio melaporkan 42 orang maut di dalam trak itu, memetik sumber polis San Antonio yang tidak dikenali.



Trak itu ditemui bersebelahan landasan kereta api di kawasan terpencil di pinggir selatan bandar itu, lapor KSAT.

Polis San Antonio tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Gambar yang dimuat naik ke Twitter oleh wartawan KSAT menunjukkan kenderaan polis dan ambulans mengelilingi sebuah trak besar.

Suhu di San Antonio, yang terletak kira-kira 250 kilometer dari sempadan Mexico, meningkat kepada 39.4 darjah Celsius semalam dengan kelembapan yang tinggi.



 

 

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button