Mahathir tunjuk ego, masih anggap diri ‘kebal’

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Mahathir tunjuk ego, anggap diri kebal
Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir menunjukkan ego beliau dan masih menganggap dirinya masih ‘kebal’ di hadapan wartawan semalam.

Beliau enggan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara (JPN), Tan Sri Apandi Ali.

Mahathir menganggap Apandi hanya layak sebagai saksi dalam siasatan Batu Puteh dan bukannya dilantik sebagai Pengerusi JK.

Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini menyalahkan Kerajaan Johor atas kehilangan Hak dan Kedaulatan Johor terhadap Batu Puteh.

Sultan Johor kemudian membidas kenyataan Mahathir dan membayangkan apa rasanya jika beliau kehilangan Langkawi.

Jawatankuasa Kecil itu dibentuk untuk membuat semakan semula undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

KERAJAAN JOHOR MAHU HERET PENGKHIANAT BATU PUTEH

Mahathir dalam pada itu turut menyentuh mengenai tanah seluas 1,700 hektar tanah yang didakwanya dijual kepada pelabur China di Johor oleh Sultan Johor.

Secara tidak langsung, Mahathir sebenarnya ‘menyerang’ Sultan Johor berkait isu Forest City. Jangan lupa, Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pada 2018, menyokong pembinaan Forest City.

 

Kenyataan Mahathir-Forest City
Petikan Laporan Kenyataan Mahathir Dalam Sebuah Portal Mengenai Forest City

 

Mungkin Mahathir berada dalam dunia fantasi dan merasakan dirinya sentiasa betul dan orang lain semua salah apabila membuat kenyataan mengenai Forest City dan mahu mempersoalkan Sultan johor.

Dalam pada itu, Mahathir memberi gambaran, semua Sultan berada diatas undang-undang. Mungkin beliau lupa, beliau sendiri yang memulakan ‘perang’ dengan Raja-Raja Melayu ketika berkuasa dahulu.

Mahathir jugalah individu yang bertanggungjawab untuk mengurangkan keistimewaan Raja-Raja Melayu sehingga membolehkan seseorang Raja Melayu diheret ke Mahkamah Khas.

Adakah Mahathir merasakan dirinya kebal dari segala tindakan kerana pernah menjadi PM sebanyak dua kali?

 

 

One thought on “Mahathir tunjuk ego, masih anggap diri ‘kebal’

Leave a Reply