Joelinton jemput Neymar ke Newcastle

LONDON: Joelinton mahu legenda Brazil Neymar menyertainya di Newcastle dan berkata jersi nombor 10 kelab Liga Perdana Inggeris itu sedang menantinya.

Neymar dilaporkan sudah diberitahu pengurusan Paris Saint-Germain yang dia tidak lagi diperlukan di Parc des Princes.

Chelsea dan Manchester United turut menunjukkan minat terhadap pemain 30 tahun itu, tetapi Newcastle satu-satunya kelab yang mampu membayar gaji Neymar ketika ini.



Bintang Newcastle Joelinton disertai rakan sepasukan Brazil Bruno Guimaraes pada Januari, dan dia mendedahkan akan cuba meminta Bruno memujuk Neymar ke Tyneside.

“Kami boleh mendapatkan tempat untuknya. Jika dia datang ia akan menjadi… sukar untuk saya jelaskan.

“Dia adalah idola, amat besar dalam dunia bola sepak, jadi jemputan sudah dilakukan.

“Ney, jika anda mendengar ini, anda boleh datang! Jersi nombor 10 menanti,” kata Joelinton.



Newcastle kini adalah salah sebuah kelab terkaya di dunia selepas diambil alih Public Investment Fund dari Arab Saudi Oktober lalu.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button