2 warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia

Oleh – Syeikh Baran


2 warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Gambar Hiasan

Dua lelaki warga Myanmar yang dituduh membunuh penyelia warga India, empat tahun lalu, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Rohaini Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas Maung Maung, 45, dan Mg Aung Aung, 33, selepas mendengar keterangan serta hujahan kedua-dua pihak.



“Oleh demikian mahkamah melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri,” katanya yang kemudian diterjemah ke bahasa Myanmar oleh penterjemah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama membunuh Ajith Almaraj yang berusia 22 tahun ketika kejadian di sebuah stesen minyak Metro Park Sri Sendayan, di sini, pada 2.30 pagi, 1 Julai 2020.

Mereka didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Maung Maung diwakili peguam Datuk Hanif Hassan, manakala Mg Aung Aung diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hadi Hakimi Harun.

Seramai 12 saksi dipanggil bagi perbicaraan yang berlangsung tiga bulan.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button