Ibu bapa didakwa cederakan anak

Oleh – Syeikh Baran


Ibu bapa didakwa cederakan anak
Gambar Hiasan

Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas anak lelaki mereka berusia lima tahun.

Kedua-dua tertuduh, Mohammad Zul Shafiq Shammadi, 29, dan Nurwadahtulfatanah Mohamad, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas pertuduhan dibacakan.



Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah menganiayai atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dengan cara telah memukul menggunakan rotan dan penyangkut baju di tubuh badan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Pancaindera 6, Mantin antara April 2023 hingga 23 Mac lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.



Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A Aziz menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan berjumlah RM5,000 bagi setiap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes bagi laporan perubatan ditetapkan pada 17 Mei depan.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading