‘Spider Solo’ dipenjara 8 bulan, mengaku pecah masuk tiga rumah

Oleh – Syeikh Baran


'Spider Solo' dipenjara 8 bulan, mengaku pecah masuk tiga rumah
Muhammad Hassanuddin dipenjara lapan bulan selepas mengaku memiliki harta curi.

Lelaki yang didakwa memecah masuk tiga rumah dalam tempoh sehari hingga aksinya tular di media sosial, dipenjara 20 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Hassanuddin Efendi, 21, yang berhadapan tiga pertuduhan membuat pengakuan bersalah sebaik semua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.



Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memiliki harta curi berupa dua bentuk cincin dan sepasang subang kepunyaan wanita berusia 59 tahun serta selain seutas jam tangan jenama Balmer, milik lelaki berusia 23 tahun.

Kedua-dua kejadian didakwa berlaku di perkarangan Surau India Muslim dan Surau India Muslim Selatan, Jalan Fatimah, di sini, pada 3.30 petang, 20 Mac lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia dakwa memecah masuk sebuah lagi rumah dan juga kenderaan sebelum melarikan telefon bimbit milik lelaki berusia 54 tahun, di Taman Sri Kenangan, di sini, 2.45 pagi pada hari sama.



Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara masing-masing enam bulan untuk pertuduhan pertama dan kedua, manakala pertuduhan ketiga, lapan bulan.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan semua hukuman penjara terbabit berjalan serentak bermula tarikh ditahan pada 20 Mac lalu.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading