Warga emas pandu lawan arus maut nahas

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

PETALING JAYA: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya secara melawan arus, terbabit dalam kemalangan sebuah kenderaan lain di Kilometer 32.8 Lebuhraya Persekutuan arah Klang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.45 pagi, lelaki berusia 72 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid, berkata polis menerima laporan kemalangan membabitkan kereta Proton Wira dan Honda City pada 2.08 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa memandu Proton Wira secara melawan arus lalu sebelum bertembung dengan Honda City.



Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang melihat kejadian atau berada di lokasi supaya menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor R Navalan di talian 014-2536820.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker