Pengguna Lebuhraya ‘Escort’ Lori Sampai R&R

Akibat memandu dalam keadaan mengantuk, sebuah lori yang dipandu terhuyung-hayang dari satu lorong ke lorong yang lain.

Susulan itu, beberapa pengguna jalan raya bertindak ‘mengiringi’ lori tersebut sehingga ke tempat yang lebih selamat.

Bas & lori tunda tolong ‘escort’

Menerusi satu video TikTok yang dimuat naik pengguna @tobengshah, sebuah lori dipandu dalam keadaan yang berbahaya iaitu bergerak dari satu lorong ke lorong yang lain tanpa memerhatikan kenderaan sekeliling.



Akibat khuatir akan keselamatan pemandu lori itu dan pengguna jalan raya yang lain, lelaki itu bertindak membunyikan hon berkali-kali, sambil memberi lampu tinggi agar pemandu tersebut kekal sedar.

Kemudian, tindakannya itu disedari pengguna lebuhraya yang lain, dan beberapa kenderaan seperti bas dan lori tunda mula membantu lelaki tersebut dengan turut serta membunyikan hon dan memberi lampu tinggi.

Lori tunda tersebut juga difahamkan ‘menjaga’ lorong tengah agar kenderaan lain tidak memandu terlalu dekat dengan pemandu lori yang mengantuk itu.

Menerusi video, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, dan pemandu lori tersebut diiring dengan selamat sehingga tiba di Kawasan Rehat & Rawat Tanjung Malim.



Video

 

 

@tobengshah mencemaskan..dari bukit tagar hgga ke t.malim..terpksa escort sebab risau mmbahayakan pemandu2 lain#fyp#burungantu ♬ Tiara – Raffa Affar

 



tobengshah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button