“Khemah Besar” Perikatan Harapan, Anwar bakal PM
Oleh – Baktiar Omar
Semakin heboh diperkatakan netizen mengenai “khemah besar” Perikatan Harapan bagi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Ke-10.
Menjangkakan kerjasama gabungan Pakatan Harapan akan berakhir sebelum Parlimen dibubarkan, satu bentuk gabungan baru politik perlu diadakan segera.
Bagi memastikan BN tidak kembali membentuk sebuah kerajaan selepas PRU15, Perikatan Nasional dikatakan akan membentuk jalinan bersama mantan PH dan menamakan ia sebagai Perikatan Harapan.
“Khemah Besar” Perikatan Harapan dijangkakan akan disertai PPBM, PKR, PAS, AMANAH dan Gerakan.
DAP, MUDA, WARISAN, PBM dan PEJUANG pula dipercayai akan mengekalkan jenama Pakatan Harapan.
MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI TPM1, HJ HADI AWANG PULA TPM2
Bagi memastikan kedudukan Anwar terjamin sebagai PM, Presiden PPBM akan dilantik sebagai TPM1 manakala Presiden PAS pula sebagai TPM2.
Ini memberi kelebihan kepada Anwar selaku PM untuk menyusun atur struktur pentadbiran Perikatan Harapan.
Rafizi Ramli, Timbalan Presdien PKR akan diberi portfolio selaku Menteri Kewangan manakala Faizal Azumu, Timbalan Presiden PPBM diletakkan sebagai Menteri Dalam Negeri.
Azmin Ali tidak diketahui samada masih kekal didalam PPBM atau mengambil keputusan untuk bersama Zuraida dalam PBM dan berjuang bersama Mahathir.
Andaian-andaian yang diperkatakan netizen serta pemerhati politik bebas tidak boleh ditolak mentah-mentah.
Dengan pelbagai masalah yang timbul dalam Kerajaan Keluarga Malaysia, tidak mustahil Muhyiddin perlu memikirkan survival partinya. Untuk memastikan PPBM terus berdaya saing, satu bentuk kerjasama diperlukan dan PKR merupakan sebuah parti yang mempunyai kekuatan yang tidak ada di PH, PN mahupun BN.
ANWAR BELUM TERUJI SEBAGAI PM
Memandangkan rakyat sudah mula menunjukkan penolakan terhadap PH, PN dan BN, tiada jalan lain melainkan mewujudkan Perikatan Harapan.
Anwar dilihat sebagai satu subjek yang masih belum teruji kemampuan sebagai PM dan rakyat mahu melihat sejauh mana kecekapan Anwar bekerja sebagaimana petah beliau menyampaikan ucapan politik.
Rekod politik negara sepanjang 2018 – 2022
- Pakatan Harapan – GAGAL (22 bulan)
- Perikatan Nasional – GAGAL (18 bulan)
- Keluarga Malaysia – DILABEL NETIZEN SEBAGAI GAGAL (terkini)
- Barisan Nasional – 60 tahun JAGA KEBAJIKAN RAKYAT (GAGAL pada 2018)
Jelas sekali Anwar Ibrahim kini satu-satunya penyelamat yang boleh diharapkan rakyat untuk mengembalikan maruah negara.
Anwar Ibrahim dijangka menang besar PRU15