RoS dijangka menolak usul EGM Umno
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Desas-desus mula bersebaran, UMNO bakal berdepan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam usaha meluluskan usul yang dicapai dalam EGM UMNO.
RoS sebelum ini menerusi Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Jasri Kasim pernah menyatakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang ada sekarang hanya hanya berfungsi sebagai ‘caretaker’ parti sahaja.
Dalam EGM UMNO 2022, perwakilan telah sebulat suara bersetuju meminda klausa dalam Perlembagaan Umno.
“Kita tambah dan tidak ‘delete’ pada seksyen 10.16. Kalau nanti PRU pada masa dua tahun sama ada buat pemilihan atau tidak, pemilhan parti tetap tiga tahun tetapi ada ‘sub clauses’ tambah 18 bulan dan tambah lagi yang klausa 18 bulan itu dengan perkataan ‘atau’ enam bulan selepas setiap PRU peringkat Pusat,” – Timbalan Presiden UMNO.
Umno hanya menjalankan formaliti yang telah ditetapkan RoS sendiri dan tidak ada kelompongan kepada keputusan perwakilan dalam EGM UMNO 2022.
Apa yang dikhuatiri ialah jika berlaku campurtangan dari pihak lain untuk menghalang atau membatalkan keputusan EGM Umno.
Ini akan menjadi tandatanya siapakah pihak tertentu begitu berpengaruh untuk mengarahkan Ros berbuat demikian.
“RoS sebenarnya tidak boleh menguasai parti cuma memantau perjalanan parti sama ada mengikut perlembagaan parti atau tidak dan tidak merasa apa-apa halangan daripada RoS untuk meluluskan pindaan yang diluluskan dalam mesyuarat agung luar biasa,” – Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan.
ROS kini jadi alat “benam” Umno?