ROS kini jadi alat “benam” Umno?

 

Oleh -Ku Zairi Ku Kamal

ROS-Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

 

ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), didakwa menjadi alat politik kepada pihak tertentu bagi “membenam” Umno, menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi.

Beliau menulis mengenai dakwaan tersebut di laman facebooknya pagi ini.

“Hingga hari ini, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti yang yang lulus di PAU Khas UMNO 2022.”

“Apakah ROS alat politik yang hanya memusuhi UMNO kerana Menterinya dari PPBM. ROS pernah keluar surat mendakwa MKT UMNO berstatus “caretaker” sahaja. 

UMNO menerusi EGM 2021 bersetuju untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan dilakukan dalam jangkamasa 6 bulan selepas PRU15 dijalankan.

Perwakilan UMNO telah bersetuju dengan cadangan tersebut pada PAU2021 dan diabsahkan dalam EGM Umno2022.

Dr Puad Zarkashi

Puad turut membandingkan kelulusan pindaan perlembagaan oleh MCA dan Gerakan yang diluluskan ROS dengan permohonan UMNO.

Adakah benar ROS akan menolak pindaan perlembagaan Umno dan memaksa untuk pemilihan diadakan bagi memenuhi “kehendak” individu atau parti politik yang memusuhi UMNO?

Tersebar banyak spekulasi mengenai penolakan tersebut, namun pihak ROS tidak memaklumkan apa-apa keputusan berkaitan.

Nasib UMNO hanya akan diketahui pada 16 Julai akan datang samada perlu mengadakan pemilihan terlebih parti atau tidak.

Sehingga tarikh berkenaan, tidak menolak kemungkinan akan berlaku penarikan sokongan oleh UMNO terhadap Kerajaan Keluarga Malaysia.

As Umno awaits RoS ruling, party polls deadline looms

 

 

 

One thought on “ROS kini jadi alat “benam” Umno?

Leave a Reply