117 angka yang dirahsiakan
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Pilihanraya Umum Ke-15 dikatakan akan menjangkakan angka 117 dimenangi Barisan Nasional, tetapi kawasan parlimen masih dirahsiakan.
Dari mana angka tersebut diperolehi hingga boleh diangkat sebagai tanda aras untuk BN?
Pecahan yang dimaklumkan sebenarnya menyakinkan untuk angka 117 dianggap munasabah bagi membentuk kerajaan dengan mandat baru dari rakyat.
Jangkaan yang mampu dicapai BN –
- UMNO – 105
- MCA – 7
- MIC – 2
- PBRS – 3
Percaturan yang akan dilakukan mempunyai asas kukuh untuk bagi membentuk kerajaan tanpa sebarang perkongsian kuasa seperti apa yang berlaku terhadap Perikatan Nasional dan Keluarga Malaysia.
Malah, pembentukan kerajaan ini tidak memerlukan sebarang MoU dengan mana-mana pihak hanya untuk mengekalkan kuasa seperti yang dimeterai antara Keluarga Malaysia dan Pakatan Harapan.
Sudah pasti angka 117 ini akan memberi gambaran positif kepada pelabur luar untuk kembali membawa pelaburan secara aktif ke dalam Malaysia.
Kegusaran pelabur akan dasar kerajaan juga akan berkurangan apabila sebuah kerajaan benar-benar stabil dan mampu memacu ekonomi ke kelas tersendiri.
Pakatan Harapan bukan tidak ada sokongan tetapi trauma yang dilalui rakyat selama 22 bulan telah menghakis kepercayaan terhadap apa juga kempen yang akan dilakukan mereka pada PRU15 kelak.
Begitu juga dengan Perikatan Nasional yang seringkali dilihat sebagai ‘pengacau’ dalam kabinet Keluarga Malaysia.
PN menguasai lebih 50% jawatan dalam kabinet Keluarga Malaysia. Ini sangat tidak disenangi rakyat yang sedang melalui fasa Pasca Covid.
Bukan mudah untuk rakyat dan negara bangkit dari masalah sepanjang pandemik Covid mengganas di Malaysia. Bagi mereka, sebuah kerajaan yang lebih baik serta mampu menjaga kebajikan serta mengembalikan kekuatan ekonomi sangat diperlukan buat masa sekarang.
Pilihan yang terbaik bagi rakyat kini tertumpu kepada Barisan Nasional yang mempunyai 60 tahun pengalaman mengurus tadbir negara walau ada kelompongan dari pelbagai sudut.
Jawatan TPM bukan hak PPBM