Pengarang Siri Manga Popular ‘Yu-Gi-Oh’ Ditemui Maut

Pengarang siri manga popular ‘Yu-Gi-Oh!’ iaitu Kazuki Takahashi ditemui maut di perairan berhampiran Nago, Okinawa, Jepun pada pagi 6 Julai 2022 (rabu).

Pengarang manga maut

Memetik laporan The Washington Post, pengarang berusia 60 tahun ini dipercayai maut selepas menyertai aktiviti snorkeling di Jepun. Ketika ditemui, mayat Kazuki Takahashi berada dalam keadaan terapung dan memakai peralatan selam snorkel. Media Jepun termasuk penyiar awam NHK berkata Takahashi ditemui sekitar 300 meter di luar pantai dan ditarik dari air.



Kami sedang menyiasat kes itu atas kemungkinan kemalangan atau jenayah.

Difahamkan, pihak pengawal pantai juga masih menyiasat punca kematian pengarang terkenal ini.

Kazuki Takahashi atau lebih dikenali dengan nama Kazuo Takahashi mula menceburi industri manga sekitar tahun 1980-an dan mula terkenal dengan ciptaan bersiri pertama beliau, Yu-Gi-Oh yang dilancarkan pada 1996 dan bersiaran sehingga 2004.

The Washington Post



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button