Agensi kerajaan perlu cakna cabaran dihadapi usahawan

Agensi kerajaan perlu cakna cabaran dihadapi usahawan

Agensi kerajaan perlu cakna cabaran dihadapi usahawan
Ewon (belakang, tiga dari kiri) bersama pemenang pertandingan SME Bank Sandbox kategori kolej/universiti. – FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) diingatkan agar lebih cakna terhadap cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam mendepani ekonomi dan geopolitik.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, agensi itu seharusnya mencari pendekatan terbaik bagi memastikan bantuan disalurkan kepada usahawan.

“Langkah berkenaan perlu diambil agar tidak menjadi penghalang untuk usahawan daripada terus berkembang maju,” katanya semasa melancarkan SME Bank Xcess 2023 di sini, hari ini.



Hadir sama, Timbalan Menteri Kuskop, Saraswathy Kandasami; Ketua Setiausaha, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail.

Mengulas lanjut, Ewon berkata, kerajaan amat komited dalam memastikan visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul dan mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik serta kondusif dapat dicapai menjelang tahun 2030.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat




Katanya, sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga sudah telah meningkat kepada 38.4 peratus pada tahun 2022 dengan nilai tambah berjumlah RM580.4 bilion berbanding RM520 bilion pada tahun 2021.

Menurutnya, ia membuktikan sektor PMKS memainkan peranan penting dalam pemangkin pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Bagi kerajaan pula, peranan kementerian ialah untuk terus menggalakkan dan mengukuhkan peranan sektor PMKS dalam kemajuan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, komitmen itu diterjemahkan dengan menyediakan persekitaran diperlukan seperti mengukuhkan infrastruktur menyokong pembangunan, membina kapasiti dan keupayaan serta meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi PMKS.



Ewon berkata, pihaknya turut melihat program SME Bank Xcess 2023 yang dianjurkan menyokong komitmen kerajaan dengan strategi bagi memastikan kemudahan, jangkauan dan perkhidmatan kepada PMKS dapat ditawarkan secara harmoni dengan membuka pelbagai peluang untuk semua pihak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal


“Program ini merupakan peluang yang baik untuk berinteraksi dan berbincang dengan pelabur, pemasar serta agensi yang akan membantu daripada segi peningkatan kapasiti, pengenalan kepada keadaan dan keperluan pasaran serta belajar daripada usahawan yang telah berjaya di pasaran luar.



“Saya juga berharap program SME Bank Xcess 2023 ini dijadikan sebagai wadah untuk mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik antara usahawan PMKS dengan kerajaan serta agensi-agensinya,” katanya.

Dalam pada itu, Aria berkata, SME Bank Xcess merupakan program tahunan utama yang membolehkan pihaknya memainkan peranan sebagai peneraju dalam penciptaan nilai ekosistem PMKS yang melangkaui perkhidmatan pembiayaan.

“Bagi tahun ini, SME Bank telah membawa seramai 100 rakan strategik yang terdiri daripada syarikat-syarikat anchor, pempamer, panel speaker, pembeli dari luar negara dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata, SME Bank Xcess yang bermula 2016 ini merupakan program sehenti untuk pihaknya dalam menawarkan khidmat nasihat.



Agensi kerajaan perlu cakna cabaran dihadapi usahawan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading