Lelaki maut ‘ditembak’ anjing



Lelaki maut ‘ditembak’ anjing

Lelaki maut ‘ditembak’ anjing
KEJADIAN tembakan itu berlaku berhampiran dusun Geuda Springs, kira-kira 80.46 kilometer (km) di selatan Wichita. – AGENSI

WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditemukan maut di dalam sebuah trak pikap selepas dipercayai ‘ditembak’ oleh anjing peliharaannya.

Lapor Daily Mail, lelaki berasal dari Wichita, Kansas terbunuh selepas anjing peliharaannya secara tidak sengaja terpijak senjata api yang diletakkan di tempat duduk belakang kenderaan berkenaan.

Menurut pejabat syerif Sumner County, mangsa yang sedang duduk di tempat duduk hadapan, terkena peluru di bahagian belakangnya.



Kejadian tembakan itu berlaku berhampiran dusun Geuda Springs, kira-kira 80.46 kilometer (km) di selatan Wichita.

Jelas pejabat sherif, ketika kejadian, lelaki berkenaan dan anjing peliharaan keluar untuk berburu.

“Anjing kepunyaan pemilik pikap itu terpijak senapang, menyebabkan tembakan dilepaskan dari senjata api itu.

“Tembakan itu terkena mangsa yang berada di tempat duduk hadapan,” jelas pejabat sherif itu.



Tambahnya, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialaminya.

Setakat ini, polis tidak mendedahkan nama dan maklumat lanjut mangsa berkenaan.

Kes tembakan tidak sengaja adalah perkara biasa di Amerika Syarikat (AS), negara yang mana jumlah senjata api lebih banyak berbanding orang.

Berdasarkan data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lebih 500 orang meninggal dunia dalam insiden membabitkan senjata api sejak 2021.



‘Anjing merajuk pun abang bomba kena pujuk’

Lelaki maut ‘ditembak’ anjing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker