Sokongan rakyat Amerika kepada Joe Biden merosot

Oleh – Syeikh Baran


Sokongan rakyat Amerika kepada Joe Biden merosot
Joe Biden

Tinjauan pendapat terbaharu mendapati sokongan kepada Presiden Joe Biden makin merosot, manakala semakin ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih bekas Presiden Donald Trump, lapor agensi United Press International semalam. 

Menurut tinjauan pendapat  akhbar The New York Times dan Kolej Siena, hanya 25 peratus pengundi negara itu beranggapan dasar yang dikemukakan oleh Biden merupakan hala tuju yang betul,  manakala bilangan mereka yang setuju ekonomi AS kini dalam keadaan lemah meningkat lebih dua kali ganda. 



Rating yang tidak menyokong Biden pula meningkat kepada 47 peratus, angka tertinggi sepanjang beliau  bergelar Presiden AS.

Keputusan tersebut menunjukkan Biden lemah dalam mendapatkan sokongan di kawasan kubu Parti Demokrat, termasuk dalam kalangan pengundi wanita, komuniti  kulit hitam dan Latin.

Selain itu, kira-kira 97 peratus penyokong Trump berhasrat untuk menyokongnya sekali lagi pada  tahun ini.

Namun, hanya 83 peratus responden yang mengundi Biden pada 2020 berhasrat berbuat demikian, manakala 10 peratus lagi menyokong Trump. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading