Populasi Korea Selatan diramal pupus

Oleh – Syeikh Baran


Populasi Korea Selatan diramal pupus
WANITA memakai hanbok ketika berjalan di Istana Gyeongbokgung, Seoul pada 23 Oktober 2023. – AFP

Populasi Korea Selatan berisiko pupus menjelang tahun 2750 berikutan trend penurunan kadar kelahiran, demikian menurut satu kajian seperti dilaporkan akhbar Daily Star semalam.

Menurut akhbar The Times, pada tahun ini, wanita Korea Selatan secara purata mempunyai 0.72 anak dalam hidupnya. 



Pada tahun lalu, Korea Selatan mencatatkan pengurangan 19,000 bayi berbanding 2022, atau bersamaan penurunan 7.7 peratus kadar kelahiran.

Ia angka  terendah pernah dicatatkan sejak rekod kadar kelahiran bermula 54 tahun lalu. Dalam masa sama, meskipun bilangan kematian turut berkurang sebanyak 5.4 peratus berbanding 2022, ia masih tidak mencukupi untuk mengimbangi jumlah populasi.

Kadar kematian juga lebih tinggi berbanding kadar kelahiran di Korea Selatan bagi tempoh empat tahun berturut-turut. 

Sekiranya trend itu tidak berubah, rakyat terakhir Korea Selatan dijangka mati menjelang tahun 2750.



Keadaan itu menyebabkan negara berkenaan terdesak untuk meningkatkan kelahiran bayi, manakala wanita perlu mempunyai kadar purata seumur hidup sebanyak 2.1 bayi. Ia adalah tiga kali ganda berbanding paras semasa. 

Pakar-pakar  sebelum ini mengunjurkan bahawa walaupun dengan kadar kelahiran 1.19 iaitu hampir dua kali ganda berbanding paras semasa, negara itu akan menyaksikan penurunan populasi 12 juta orang dalam tempoh 32 tahun.

Terdapat banyak sebab mengapa wanita Korea Selatan enggan mempunyai anak, antaranya kos pendidikan dan penjagaan anak yang jauh lebih mahal berbanding sebelum ini. 

Kerajaan cuba menangani isu tersebut dengan menawarkan insentif kepada wanita seperti manfaat berjumlah 1 juta won (RM3,565) sebulan untuk setiap anak yang dilahirkan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading