Maritim lupus dadah bernilai RM1.04 juta

Oleh – Syeikh Baran


Maritim lupus dadah bernilai RM1.04 juta
DADAH hasil rampasan pada dua tahun lalu yang bernilai lebih RM1.04 juta dilupuskan Maritim Malaysia, hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melupuskan dadah seberat 26 kilogram yang bernilai lebih RM1.04 juta, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, pelupusan dadah jenis Methamphetamine itu dilakukan dengan kerjasama Medivest Sdn. Bhd.



“Pelupusan dadah ini dilaksanakan selepas Maritim Malaysia menerima perintah rasmi Mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan.

“Dadah-dadah tersebut adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, proses pelupusan dadah itu dijalankan dengan menggunakan kaedah pembakaran insinerator yang diuruskan oleh Medivest.

“Kaedah ini telah dipilih kerana ia merupakan salah satu cara yang selamat dan berkesan untuk memusnahkan dadah yang dirampas tanpa mencemari alam sekitar,” ujarnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading