Azis Jamman ‘keliru’ surat Tommy Thomas

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

 



Bekas Timbalan Menteri (1) KDN, Datuk Azis Jamman semalam menyatakan beliau keliru berkaitan surat Tommy Thomas dalam isu tuntutan Sulu.

“sebagai orang Sabah, kami tidak diberitahu ada surat dari Tommy Thomas dan kami terkejut dengan surat kepada tuntutan (Sulu)” – Azis Jamman

Sebagai bekas Timbalan Menteri (1) KDN, Azis sepatutnya berhubung rapat dengan Muhyiddin Yassin (Menteri KDN) dan mustahil beliau langsung tidak dimaklumkan mengenai hal tuntutan Sulu.

Apa guna dilantik oleh Pakatan Harapan sebagai Timbalan Menteri jika semua perkara tidak diketahui apatah lagi melibatkan soal Sabah sedangkan beliau sendiri berasal dari Sabah?



Ini sesuatu yang sukar diterima apabila difikirkan semula. Adakah Tommy sengaja menyorokkan tuntutan tersebut dari pengetahuan kabinet Pakatan Harapan atau hanya Azis Jamman sahaja tidak tahu?

“Surat yang dia (Tommy Thomas) keluarkan itu adakah mendapat mandat dari kabinet (PH)? adakah dia melalui kabinet? ” – Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis

 



 

Isu tuntutan Sulu ini mendapat perhatian apabila Rafizi Ramli menyalahkan bekas PM, Dato Sri Najib Razak dalam isu ini.

Timbalan Presiden PKR itu mungkin terlupa, semua itu berlaku sewaktu Pakatan Harapan memerintah dari Mei 2018. Malah, bekas Peguam Negara yang mengendalikan kes ini merupakan lantikan PH sendiri.

Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan agar pembayaran kepada Sulu dihentikan dan perkara sama dibangkitkan Karpal Singh.



Azis Jamman 'keliru' surat Tommy Thomas

 

Tuntutan Sulu,”Bossku” ancaman besar kegagalan PH



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button