Kalvin   Phillips memang tidak mahu ke United

LONDON: Pemain baharu Manchester City,  Kalvin   Phillips berkata memang tidak ada peluang dia menyertai seteru setempat, Manchester United.

Pemain yang dibeli dengan harga £42 juta berusia 26 tahun itu mengesahkan ada minat ditunjukkan kelab dari Old Trafford apabila dia mahu meninggalkan Leeds.

Bagaimanapun hubungan baiknya dengan City bermakna dia boleh memikirkan untuk berhijrah ke kelab itu.



Phillips, yang dilabelkan sebagai Yorkshire Pirlo, tersenyum apabila ditanya jika perpindahan ke Manchester United menjadi antara pilihannnya, dan dia menegaskabn: “Tidak, tiada langsung peluang saya akan ke sana.

“Anda tahu kesetiaan saya kepada Leeds, sama seperti keluarga saya, mereka semua penyokong Leeds.

“Satu penghormatan buat saya apabila United mahukan saya, pasukan yang besar – satu daripada kelab terbesar dunia.

“Tapi tidak, saya perlu setia dengan Leeds dan memilih untuk ke pasukan lain di Manchester.”



Ditanya jika ia sesuatu yang sukar dilakukan, dia berkata: “Saya tidak tahu, itulah cara saya, cara saya berfikir dan saya sentiasa begitu.

“Saya mahu setia kepada orang yang memberikan saya peluang terbesar di dunia.

“Leeds adalah pasukan pertama menandatangani saya, saya akan pastikan itu perkara pertama yang saya akan lakukan.”

Ketika kelab itu berharap dia akan kekal, pada penghujungnya, peluang bermain di bawah kendalian Pep Guardiola ternyata sukar ditolak.



Namun Phillips berkata: “Ia satu peluang dilatih oleh Pep, walaupun hanya setahun, saya harap ia lebih lama.”

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button