Pemain berusia perosak kelab

LONDON: Pengarah teknikal Arsenal, Edu menyelar pemain-pemain berusia yang dikatakan merosakkan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Mesut Ozil dan Pierre-Emerick Aubameyang antara nama besar yang ditamatkan kontrak oleh Arsenal.

“Apabila pemain berusia 26 tahun atau lebih, mempunyai gaji besar dan tidak beraksi dengan baik, dia membunuh anda.



“Pada masa lalu, 80 peratus skuad mempunyai ciri-ciri ini dan tidak mungkin pasukan lain akan membeli mereka,” kata Edu.

Pengurusan Arsenal turut melepaskan pertahanan mereka Shkodran Mustafi, Sead Kolasinac dan Sokratis.

Bagi Edu pemain-pemain sebegitu tidak mempunyai nilai dalam pasaran perpindahan dan terlalu selesa dengan kontrak jangka panjang di London.

“Jadi kami perlu membersihkan skuad dan jika terpaksa membayar mereka untuk pergi, saya anggap ia sebagai pelaburan.



“Ia lebih baik daripada membiarkan mereka menghalang perkembangan pemain-pemain lain. Sekiranya gaji mereka besar tetapi beraksi cemerlang, ia tidak menjadi masalah.

“Saya sedar ia akan menyakitkan dan sesetengah orang menganggapnya tindakan yang memakan belanja – tetapi anda perlu menyelesaikan masalah itu,” katanya.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button