Caci pembuat kertas soalan Sejarah SPM, 2 remaja lelaki ditahan polis

Caci pembuat kertas soalan Sejarah SPM, 2 remaja lelaki ditahan polis

Caci pembuat kertas soalan Sejarah SPM, 2 remaja lelaki ditahan polis
Tangkap layar video tular pelajar lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan peperiksaan subjek Sejarah SPM.

HULU SELANGOR: Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah tidak berpuas hati dengan kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata dua remaja berusia 18 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun, jam 10.53 pagi semalam.

“Terdahulu, polis mengesan video tular di TikTok dan Facebook di daerah ini, memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.



“Pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suffian berkata, bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan di rumah suspek dan menahan dua remaja lelaki warga tempatan.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit iPhone 11 dalam serbuan itu. Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.



Suffian menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran video terbabit yang menimbulkan kegusaran dan mengelirukan masyarakat sehingga tercetusnya perbalahan.

Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Caci pembuat kertas soalan Sejarah SPM, 2 remaja lelaki ditahan polis

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading