Chelsea halang Alonso, Azpilicueta ke Barcelona

LONDON: Chelsea menghalang perpindahan Marcos Alonso ke Barcelona selepas kelab Catalan itu memintas pembelian Jules Kounde pada saat akhir.

The Blues juga enggan membenarkan seorang lagi pertahanan, Cesar Azpilicueta daripada berpindah ke Camp Nou.

Chelsea sebelum ini mencapai persetujuan dengan Sevilla untuk Kounde, tetapi Barcelona berjaya mendapatkan pertahanan Perancis itu.

Barca turut melakukan perkara sama terhadap Chelsea ketika mendapatkan Raphinha dari Leeds United pada awal musim panas ini.



Andreas Christensen sempat menyempurnakan perpindahan dari Chelsea ke Barcelona, tetapi belum dapat dipastikan sama ada Alonso dan Azpilicueta akan menyusul.

Chelsea kendalian Thomas Tuchel berjaya menandatangani pemain Napoli Kalidou Koulibaly pada jendela perpindahan kali ini bagi memperkuatkan benteng mereka selepas Antonio Rudiger menyertai Real Madrid.

“Saya tidak pasti sama ada akan memberikan Azpi apa yang dia mahu. Ia juga berkenaan apa yang kami mahu.

“Saya membuat perbandingan berkenaan usaha kami mendapatkan Koulibaly, seorang pemain kebangsaan dan hampir sebaya.



“Dia pemain penting untuk Napoli, tetapi kami mempunyai pemain Sepanyol yang menjadi kapten di Chelsea.

“Saya rasa lihat mereka berada pada tahap yang sama, tetapi Barcelona tidak akan melihatnya pada tahap begitu.

“Jadi saya tidak rasa saya akan memberikannya apa yang dia mahu kerana dia seorang pemain yang penting,” kata Tuchel.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker