Keputusan kes rogol Paul Yong diketahui hari ini
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh di sini jam 9. 15 pagi bagi mendengar keputusan pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Choo Kiong kelihatan tiba di perkarangan mahkamah berkenaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A Sivasubramaniam.
Sekumpulan penyokong Paul Yong turut kelihatan di perkarangan mahkamah.
Keputusan di akhir kes pembelaan itu akan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed.
Jika disabitkan kesalahan, Paul Yong yang juga bekas EXCO kerajaan negeri boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Media sebelum ini melaporkan, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh pada akhir kes pendakwaan.
BHOnline