Khidmat LRT kembali pulih sepenuhnya



KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) membabitkan laluan Ampang – Sri Petaling, yang terjejas akibat putus bekalan elektrik tengah hari tadi kembali pulih sepenuhnya pada jam 1.35 tengah hari tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd berkata perkhidmatan LRT laluan berkenaan telah diselaraskan dan jadual perjalanan kembali normal.

Terdahulu perkhidmatan LRT Laluan Ampang – Sri Petaling dilaporkan mengalami gangguan pada jam 12.48 tengah hari tadi membabitkan 11 stesen dari Stesen LRT Bandar Tun Razak hingga Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.

“Akibat masalah ini, tren bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti lama di platform. Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan sehala secara percuma yang perlu tebus di kaunter khidmat pelanggan,” kata syarikat itu dalam kenyataan petang ini.



Masalah berkenaan dilaporkan berlaku selepas gangguan bekalan elektrik yang sedang dialami di beberapa kawasan di Lembah Klang, turut menjejaskan perkhidmatan rel khususnya laluan LRT Ampang – Sri Petaling.

Rapid KL Sdn Bhd dari semasa ke semasa turut menasihatkan penumpang mereka untuk bersabar serta mengikuti setiap arahan yang diberikan.

Selain itu, penumpang juga turut disarankan untuk menggunakan perkhidmatan alternatif yang ada.

BHOnline





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker