Mahathir kini dalam senarai “Penyamun”
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada dalam senarai “Penyamun” berikutan pendedahan seorang saksi pendakwaan ke-17, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun.
David menjelaskan kepada Mahkamah, wang tersebut diserahkan melalui seorang anak saudara Mahathir, Tan Sri Rahmat Abu Bakar menggunakan kod nama ‘Kedahan’.
Sejumlah RM2.6 juta diserahkan kepada Mahathir menerusi 2 pemberian pada Ogos dan September 2018.
Walaupun Ahli Parlimen Langkawi merangkap Pengerusi PEJUANG itu menafikan dakwaan tersebut, beliau perlu membuktikannya dalam mahkamah, bukan melalui kenyataan media sahaja.
Mahathir didakwa menerima wang tersebut ketika masih menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Beliau turut bersedia untuk dipanggil pihak SPRM bagi memberikan keterangan berkaitan dakwaan tersebut.
“Saya tak terima (RM2.6 juta), kalau dia boleh (bagi) bukti saya terima, tunjuk bukti. Ini nak cakap, senang.
“La (Sekarang) ini kalau ada orang bagi duit dekat saya, tunjuklah, siapa dia yang bagi. Dia mengaku atau pun tidak dia bagi duit. Saya tak pernah terima duit daripada orang lain,” – Mahathir
Inilah Mahathir bila sesuatu perkara berkaitan dengannya terbongkar. Jika semua masih ingat, bagaimana dia menuduh Najib Razak di atas pentas ceramah bersama Pakatan Harapan.
MAHATHIR DIAM ISU ZETI & TAWFIQ
Setiap sesi ceramah pelusuk negara, Mahathir hanya akan membawa cerita Najib penyamun namun dalam diam apabila dibongkarkan saksi berkaitan dirinya sendiri, Mahathir segera menafikan dan mahu bukti diberikan.
Sepatutnya Mahathir mengambil langkah untuk mengemukakan saman terhadap saksi UKSB tetapi beliau ‘tidak berani’ berbuat demikian. Semestinya ada sebab mengapa beliau tidak berbuat demikian.
Mahathir tiada kemampuan jadi PM