3 maut, lima cedera kemalangan di Jalan Kunak-Tawau

Oleh – Syeikh Baran


3 maut, lima cedera kemalangan di Jalan Kunak-Tawau
Dua lelaki dan seorang wanita warga emas maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kunak-Tawau berhampiran Ladang Giram di Kunak, petang tadi. – Foto ihsan Buletin TV3

Dua lelaki dan seorang wanita warga emas maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kunak-Tawau berhampiran Ladang Giram di Kunak, petang tadi.

Noorhashim Ambutong, 41, Tima Amihusin, 74, dan Alkawi Ali, 30, yang menaiki kereta Proton Iswara disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata enam pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kunak digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.20 petang.

“Tiga mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan dua yang menunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan serta diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan Pegawai Perubatan KKM di tempat kejadian.

“Semua yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menambah operasi tamat pada 4.50 petang. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button