2 lelaki 23 rekod jenayah ditahan tendang polis, jumpa ganja dalam kereta

2 lelaki 23 rekod jenayah ditahan tendang polis, jumpa ganja dalam kereta

2 lelaki 23 rekod jenayah ditahan tendang polis, jumpa ganja dalam kereta
Ganja yang dirampas selepas ditemukan dalam kereta dinaiki dua suspek. – Foto ihsan polis

KOTA BHARU: Dua lelaki masing-masing mempunyai 23 rekod jenayah lampau ditahan selepas melakukan kekerasan terhadap anggota polis sehingga mendatangkan kecederaan, awal pagi semalam.

Kedua-dua suspek berusia 40 hingga 50-an itu ditahan jam 3.45 pagi di Kampung Pangkal Pisang Melor, dekat sini.

Polis turut menemui sejumlah dadah dalam milikan mereka.



Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata polis ketika menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Pasir Tumboh mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana.

Katanya, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memecut kereta dinaiki sebelum ditahan di Kampung Pangkal Pisang Melor, di sini.

“Semasa proses tangkapan, kedua-dua suspek bertindak agresif terhadap polis dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan seorang anggota polis ditendang dan mengalami retak pergelangan tangan.

“Anggota polis yang cedera itu bersama rakan setugas bagaimanapun berjaya memberkas suspek berkenaan,” katanya.



Beliau berkata, pemeriksaan lanjut dalam kereta dinaiki suspek menemukan ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja dianggar bernilai RM700.

Saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah selain masing-masing mempunyai 23 rekod jenayah lampau termasuk kes jenayah dan dikehendaki polis kerana terbabit kegiatan pengedaran dadah.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.



2 lelaki 23 rekod jenayah ditahan tendang polis, jumpa ganja dalam kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading