Dr Amalina titip doa buat adik Ainul Mardhiah

KUALA LUMPUR: Keadaan kritikal Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, yang ketika ini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) akibat jangkitan kuman turut mendapat perhatian daripada pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Beliau sebelum ini pernah membantu Ainul Madhiah menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya pada 2019.

Dr Nur Amalina menerusi Twitter semalam, berkata beliau baru sahaja mendapat berita mengenai perkembangan Ainul Mardhiah.

Justeru, beliau meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan kanak-kanak itu.



“Baru sahaja mendapat khabar berita daripada ibu Ainul. Ya Allah, Marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Semoga cepat sembuh,” katanya.

Pada masa sama, Dr Nur Amalina turut menitip doa supaya Ainul Mardhiah kuat melawan penyakit yang dihadapinya, sepertimana dia berjaya mengharungi pembedahan ketumbuhan sebelum ini.

“Ainul sayang, awak dah pernah laluinya banyak kali sebelum ini. Awak mampu lakukannya lagi. Teruskan berjuang sayang! Insya-Allah,” katanya.

Semalam, ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagram memaklumkan kanak-kanak berkenaan kini sedang tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).



 

 

Nurul Erwani berkata, Ainul Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dilakukan, doktor memaklumkan jangkitan sudah merebak ke seluruh tubuh.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker