OP Tapis Khas Se-Malaysia 32 orang pengedar dadah, 6 orang ditahan

Kuantan : Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Ramli bin Mohamed Yoosuf telah berkesempatan mengadakan sidang media berkenaan dengan OP Tapis Khas Se-Malaysia yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang secara serentak disemua daerah Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Pahang dan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Negeri Pahang untuk membuat sekatan jalan raya dan menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan dan awam.
Dalam sidang media tersebut, CP Dato’ Sri Ramli bin Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Pahang menyatakan operasi yang dijalankan selama 3 hari ini telah berjaya membuat tangkapan seramai 410 orang lelaki dan 9 orang perempuan dengan 388 kes diatas pelbagai kesalahan berkaitan dadah. Mereka yang ditahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 61 tahun .
“Daripada jumlah tersebut seramai 32 orang pengedar dadah, 6 orang yang diambil tindakan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) , 17 orang ‘Wanted Person’ berjaya ditangkap. Selain itu, 34 orang penagih tegar akan diambil tindakan dibawah Sek. 39C ABD 1952.
Polis Pahang akan terus meningkatkan pertuduhan di bawah Sek. 39C ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman yang tinggi kepada penagih tegar ini dalam usaha membasmi masalah dadah di Negeri Pahang ,” Ujar Ketua Polis Pahang dihadapan pemberita semasa sidang media di bilik media IPK Pahang.
Ketua Polis Pahang menyeru kepada semua warga Pahang berganding bahu bersama-sama PDRM dalam menyalurkan maklumat kes penyalahgunaan dadah, perlecongan sosial dan substan di Negeri Pahang ke pusat kawalan kontinjen pahang (CCC) di talian : 09-5051999/2202 dan juga hotline JSJN Pahang ditalian: 09-5052287 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
IPK PAHANG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker