SPRM tak dapat dedah butiran siasatan babit pemimpin BERSATU

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat mendedahkan butiran siasatan membabitkan menteri dan timbalan menteri BERSATU berkaitan dakwaan penyelewengan dana parti politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata isu ini sedang diteliti oleh SPRM bagi tujuan siasatan mereka.

“Isu ini sedang diteliti oleh SPRM untuk siasatan dan SPRM tidak dapat mendedahkan butiran terbabit,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat.



Ramkarpal bertanyakan, sama ada kertas siasatan sudah dibuka terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen) serta Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan laporan kepada SPRM, terdapat penyelewengan wang dana atau peruntukan parti bernilai puluhan juta ringgit.

Pergerakan Wira Putra Malaysia sebelum ini membuat laporan meminta SPRM Kuala Lumpur menyiasat tiga pemimpin itu yang nama mereka disebut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika dalam prosiding di mahkamah.

Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu bahawa tiga pemimpin yang juga Ahli Parlimen itu menyertai BERSATU kerana mahu menyelamatkan dirinya daripada disiasat oleh SPRM.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button