Mat Sabu Dedahkan Penipuan Hadi Awang Selama Ini

Mat Sabu Dedahkan Penipuan Hadi Awang Selama Ini

Mat Sabu Dedahkan Penipuan Hadi Awang Selama Ini

Kita sering mendengar dakwaan presiden PAS, Hadi Awang bahawa kononnya alasan utama mengapa PAS meninggalkan DAP adalah kerana DAP menentang negara Islam.

Motif utama perkara itu diulang-ulang adalah untuk menanam naratif bahawa PAS adalah parti politik yang memperjuangkan Islam.

Tambahan pula ianya selari dengan penampilan pemimpin PAS yang berserban dan berjubah.



Sudah pasti ianya akan menambah keyakinan orang ramai.

Tetapi benarkah apa yang sering didakwa oleh Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain?

Adakah kerana DAP yang didakwa oleh Hadi sebagai sebuah parti anti Islam menjadi sebab utama mengapa PAS meninggalkan DAP?

Atau ada sebab musabab yang lain?



@acik.mantera

Hadi Awang dakwa sebab utama PAS tinggalkan DAP adalah kerana DAP menentang negara Islam… Benarkah dakwaan Hadi Awang? Dengarkan pendedahan Mat Sabu tentang penipuan Hadi Awang dalam isu tersebut…

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Presiden PAN yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu membuat pendedahan mengenai perkara yang sebenar.



Menurut Mat Sabu dalam PRU 1999, kesan dari reformasi, PAS berjaya memenangi 27 kerusi parlimen.

Satu kejayaan yang cukup besar kepada PAS ketika itu.

Tetapi DAP cuma menang 10 kerusi parlimen kerana waktu itu isu negara Islam menjadi isu utama.

Sikap Sebenar Hadi Awang Dan PAS Terbongkar

DAP mengambil keputusan untuk meninggalkan gabungan parti dalam Barisan Alternatif (BA).



Kesannya dalam PRU 2004, DAP berjaya menambah 2 kerusi parlimen.

Dari 10 kerusi parlimen pada PRU 1999 kepada 12 kerusi parlimen.

Kesan dari Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Badawi, PAS hanya mampu memenangi 7 kerusi parlimen dalam PRU 2004.

Menjelang PRU 2008, perbincangan antara pemimpin DAP, PKR dan PAS diadakan supaya gabungan BA dihidupkan semula.



DAP mengenakan syarat supaya perkataan negara Islam digantikan dengan negara berkebajikan.

PAS bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh DAP.

Jadi, di mana kebenarannya PAS meninggalkan DAP kerana DAP menentang kewujudan negara Islam?

Realitinya, disebabkan syarat DAP ketika itu, PAS bersetuju untuk berkerjasama dengan DAP.



Kenapa PAS bersetuju?

Kerana ketika itu PAS hanya mempunyai 7 kerusi parlimen.

PAS sedar tanpa kerjasama dengan parti lain, mereka akan mengalami kekalahan yang lebih teruk dalam PRU yang akan datang.

Itulah sikap sebenar Hadi Awang dan PAS.

Sentiasa menunggang agama Islam untuk kepentingan politik mereka.

 

Mat Sabu Dedahkan Penipuan Hadi Awang Selama Ini

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button