Guardiola ceria De Bruyne kembali temui sentuhan

LEICESTER, United Kingdom: Pep Guardiola berkata Kevin De Bruyne kembali ke tahap terbaik selepas sepakan hebat pemain tengah Manchester City itu mengesahkan kemenangan 1-0 di Leicester seterusnya membawa juara bertahan itu ke persada Liga Perdana malam tadi.

Skuad kendalian Guardiola beraksi tanpa Erling Haaland di Stadium King Power selepas pemain Norway itu tidak sempat pulih pulih daripada kecederaan pergelangan kaki.

Namun selepas prestasinya agak menurun, De Bruyne memastikan ketiadaan penyerang prolifik itu tidak terlalu ditangisi apabila meledak jaringan pada babak kedua.



“Dia sudah kembali. Dia tidak bermain baik dalam perlawanan terakhir tetapi dia menakjubkan,” kata Guardiola.

“Dia menyedarinya. Dia ialah pemain yang kami tahu perlu menjadi dinamik dan bebas. Tetapi sukar melepasi lima pertahanan di belakang dan pemain tengah bertahan kerana terlalu sedikit ruang.”

Kemenangan pertama City dalam empat aksi terakhir membawa mereka satu mata di atas pasukan kedua, Arsenal yang menanti kehadiran Nottingham Forest malam ini.

Selepas kekalahan di tangan Liverpool, City kembali menemui sentuhan dengan mencatat kemenangan berturut-turut bagi mengesahkan keazaman tinggi mereka untuk mencari gelaran kelima dalam enam musim.



“Ia kemenangan yang besar buat kami. Bertemu Leicester di tempat lawan sentiasa rumit. Kami perlu menderita,” kata Guardiola.

“Ia keputusan yang bagus apabila anda bermain awal pada Sabtu dan menang. Kini kami perlu menunggu apayang akan terjadi pada pasukan lain.”

AFP

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading